Antara bekerja di bilik berhawa dingin dan berpanas terik di bawah matahari, seorang siswazah menolak keselesaan di pejabat dengan menceburi bidang ternakan itik.
Elly Yuza Mahmud, 24, pemegang ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, percaya aktiviti ternakan itik mempunyai masa depan yang cerah dan menjanjikan pulangan lumayan bagi pasaran dalam dan luar negara.
Beliau bertekad untuk berdikari selepas menyaksikan kejayaan usahawan yang menternak itik secara kormesil di negara ini.
“Saya pernah menjalani latihan menternak itik selama seminggu di ladang ternakan itik di Taiping, Perak yang mempunyai ternakan kira-kira 320,000 ekor. Saya belajar bagaimana memelihara itik kecil sehingga itik mengeluarkan hasil (bertelur),” katanya kepada Bernama ketika ditemui di ladang ternakan itik beliau di Kesang Pajak dekat sini.
Beliau memilih untuk menternak itik kerana unggas itu tahan kepada serangan penyakit dan tidak banyak karenah untuk memeliharanya.
“Saya suka dengan ternakan itik ini kerana hasilnya (telur) boleh dipungut setiap hari berbanding ternakan lain seperti lembu, kambing, ayam daging dan ikan yang memerlukan tempoh tertentu,” katanya.
Ternakan itik juga tidak memerlukan pembinaan reban seperti ternakan ayam, cuma sesebuah ladang itu harus mempunyai kawasan daratan dan kawasan berair untuk itik bermain.
ITIK SPESIES KHAKI CAMPBELL
Elly Yuza memulakan ternakan itik spesies “Khaki Campbell” di kawasan seluas 3.2 hektar berhampiran bekas lombong pada April lepas.
Beliau memulakan usaha dengan jumlah ternakan 6,000 ekor dan kini bertambah 32,000 ekor.
Kini, ternakannya menghasilkan 15,000 biji telur sehari dan jumlah itu akan terus meningkat apabila kesemua itiknya mencapai umur matang untuk bertelur.
Beliau dibantu 12 orang pekerja mengendalikan ladang berkenaan yang terletak agak jauh dari penempatan awam dan di kelilingi kebun getah dan hutan.
Sebanyak RM150,000 dibelanjakan bagi makanan itik berkenaan setiap bulan dan bagi memastikan itik peliharaannya membesar dengan baik dan mengeluarkan telur berkualiti, ladang itu memproses sendiri makanan berkenaan dengan bahan campuran seperti jagung, kacang soya dan beras hancur.
Pekerja akan memasukkan makanan yang dikisar itu ke dalam beberapa bekas di sekitar ladang berkenaan.
Sebuah traktor mini digunakan untuk membawa guni-guni berisi makanan itik untuk dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan itu.
Itik-itik berkenaan diberi makan dua kali sehari, katanya.
Elly Yuza berkata kaedah Efektif Mikro Organisme (EM) digunakan dalam pengurusan ladangnya bagi mengelakkan lalat dan pencemaran lain.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut memberi khidmat nasihat dan melawat ladang itu dua kali seminggu.
KUTIP TELUR
Apabila matahari beransur menerangi kawasan ladangnya setiap hari dengan bunyi suara riuh rendah itik-itik itu, pekerja Elly Yuza akan memasuki ladang untuk mengutip telur yang berselerak.
Mereka perlu melakukan kerja mengutip dengan berhati-hati agar tiada telur yang pecah dan mereka juga perlu melihat di kawasan berair kerana terdapat juga itik bertelur di situ.
Telur yang dikutip itu kemudian dikumpulkan di dalam sebuah bangsal untuk dibersihkan secara manual dan juga menggunakan mesin.
Telur yang dibersihkan daripada kotoran tanpa menggunakan air itu kemudian diisi ke dalam rak telur.
“Kami tidak boleh membersihkan telur ini menggunakan air kerana ia akan menjadi rosak, sebaliknya kami menggunakan kain kasar atau mesin pencanai untuk membuang kotoran yang melekat pada kulit telur,” kata seorang pekerja, Che Ros Awit, 53.
Elly Yuza berkata melalui syarikatnya, Bella Projek Sdn Bhd, telur berkenaan dijual di seluruh negara.
TELUR MASIN
Syarikat ini juga menghasilkan telur masin organik.
Tanpa penggunaan bahan kimia, syarikat ini mementingkan kualiti dengan menggunakan garam mengikut sukatan yang ditetapkan.
Mesin yang dikendalikan dua atau empat pekerja, digunakan untuk membalut telur dengan tanah dan debu sekam padi yang dibakar.
Beliau berkata telur masin itu akan dimasukkan ke dalam kotak dan setiap kotak mengandungi 50 biji, sebelum dipasarkan.
Elly Yuza berkata syarikatnya juga bercadang menghasilkan produk hiliran berasaskan telur itik seperti kuih bahulu.
Katanya bagi itik yang tidak lagi produktif, dagingnya yang telah dimasak dengan menu tertentu, akan ditinkan dan dipasarkan.
“Produk ini ada pasaran luas di luar negara,” katanya.
Selepas melihat potensi besar ternakan itik, Elly Yuza tidak menoleh ke belakang lagi, beliau mensasarkan untuk menambah ternakan kepada 64,000 ekor tahun depan.
December 19th, 2008
admin
Posted in Uncategorized 








Facebook
Twitter
cayuk2
hmm menarik gak yerk ternak itik ni, dulu ade gak cari-cari pasal nk ternak ayam tapi banyak pulak bendanya yang nk kena sedia pastu kalo ayam daging cepat mati lak tu..
hi Elly Yuza,saya ingin menjalankan projek ternakan itik telur. saya ingin mengetahui langkah2 & faktor2 sebelum/selepas utuk memulakan ternakan itik. Pls e-mail to shamkazuma_force@yahoo.com. Thanks
memang menarik artikel ni.Tahniah & moga terus bjaya.Sy dari kuching Sarawak & bminat nk ternak itik.
Blh beri nesihat dan bagaimana nk mula projek ni?
abang52@yahoo.com : Encik boleh berhubung terus dengan Jabatan Veterinar Sarawak untuk betanya dengan lebih lanjut lagi.
Dr Chin Vei Ching
Penolong Pengarah Kanan
Ibu Pej Pertanian, Tgk 12, Menara Pelita, 93050 Kuching
Sarawak
email : chinvc@sarawaknet.gov.my
tel : 082-495220
fax : 082-440702
Kami menjual anak benih itik penelur Khaki Campbell
Kami juga mengajar menternak secara percuma .Kami menolong memasarkan itik & telur.
sila hubungi kami 012-4346891
Salam! Cik Elly, saya baru nak mulakan projek ini. bolehkah saya melawat tempat ternakan Cik untuk mendapat sedikit ilmu mengenai itik. Boleh Cik berikan alamat tempat ini atau email/ phone no untk dihubungi.
Tq.
brapa lama untuk memelihara itik..?
SAYA PEMBELI TELUR ITIK BORONG DGN HARGA RM 0.30 SEBIJI.LOKASI DI KLANG.HUBUNGI SAYA :0136016735
Salam, Cik Elly. saya amat minat untuk menternak itik, penerangan Cik menambah semangat dan minat saya untuk mencebori bidang ini…. Tolong bimbing saya..
Salam.. Cik Elly, mcm mana nk berhubung dgn cik elly ya??.. Boleh Cik berikan sedikit info melalui email/ phone no untk dihubungi ataupun alamat..boleh juga dtg melawat..tq
salam cik elly..sy btol2 bermnat dgn pnternkn itik ni..sy x thu mcm mne nk bermula..adakah kos permulaannya(modal)memerlukan perutukan yang byk..tq..
saya berminat dgn projek ternak itik ni,boleh bagi panduan dari segi mndapatkan modal dan cara pengurusan,tq
assalamualaikum cik Elly saya seorang pelajar yang berminat dengan perternakan itik seperti yang dijalankan oleh Cik sekarang. Saya nak bertanya adakah tempat Cik menerima pelajar untuk menjalani latihan praktikal?
Says penternak itik secara kecil-kecilan di Batu Pahat. Says berhajat until menimba ilmu di ladang itik Cik Elly. Diharap jasa baik Cik Elly untuk member tunjuk ajar Dan berkongsi pengalaman. Terima kasih.
Assalamualaikum.
Saya berminat untuk mengusahakan penternakkan itik telur,oleh itu bolehkah sekiranya saya ingin dapatkan harga bagi seekor anak itik jenis spesis KHAKI CAMPBEL ini..? jika harganya memadai dengan kemampuan saya, terlebih dahulu saya ingin membuat tempahan sebanyak 1 ribu ekor sebagai permulaan penternakkan.
Thanks/Regards.
Biak Toman/Shahrim
010-5274399
As salam..
Saya baru sahaja tamat belajar dan saya berminat terhadap projek ternakan itik ini..Jadi, saya ingin mengetahui langkah2 dan juga faktor yang perlu diambil kira sebelum dan selepas ternakan itik ini..Diharap Cik dapat membantu. Thanks
Saya mahu jadi peternak itik dan di mana saya boleh dapat anak itik telur atau itik daging dan siapa yang boleh membeli daging itik atau telur masin?
Salam.. Cik Elly, mcm mana nk berhubung dgn cik elly ya? Boleh Cik berikan sedikit info melalui email/ phone no untk dihubungi ataupun alamat..boleh juga dtg melawat..tq