PROGRAM SUBSIDI BERAS UNTUK RAKYAT (SUBUR)

 
TUJUAN
  • Melaksanakan sistem baucar bagi pembelian beras subsidi untuk golongan miskin bagi menggantikan semua program subsidi beras sedia ada.
  • Memastikan subsidi kerajaan sampai sepenuhnya kepada golongan sasar dan menghentikan penyalahgunaan subsidi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
LATAR BELAKANG
Program Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR) dengan penggunaan sistem baucar untuk menggantikan  Program Subsidi kepada Pengilang untuk mengeluarkan beras ST 15%, Program Subsidi kepada Pengilang untuk mengeluarkan beras tempatan untuk Sabah dan Sarawak dan Program Beras Subsidi Kerajaan (GSR) di Sabah dan Sarawak.

Program diwujudkan hasil daripada penambahbaikan program-program yang sedia ada di samping mengurangkan perbelanjaan kerajaan (implikasi kewangan)

Sasaran  (setiap baucar yang dikeluarkan adalah berdasarkan keluarga)

  • Golongan Miskin Tegar
  • Golongan Miskin
  • Golongan Mudah Miskin
  • Institusi Kebajikan

MEKANISME PELAKSANAAN

  • Setiap keluarga akan diberi 1 hingga 3 keping baucar (jumlah maksimum) iaitu bergantung pada jumlah ahli dalam satu-satu keluarga.
  • Baucar diagihkan setiap 6 bulan dan disampaikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP).
  • Baucar ditebus untuk mendapatkan ST15% dan SST5% di mana-mana kedai runcit mempunyai Lesen Beras Runcit sahaja. Kawalselia akan mengeluarkan arahan kepada semua peruncit supaya menerima baucar yang ditebus, sekiranya terdapat aduan peruncit enggan menerima baucar, tindakan sewajarnya akan diambil.
  • baucar dicetak oleh Pencetak Kerajaan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan di bawah RM1,500 (di bandar) dan RM1,000 (di luar bandar)
  3. Permohonan boleh dikemukakan di pejabat agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang berhampiran seperti berikut:
    • Kawalselia Padi dan Beras Negeri dan Ibu Pejabat
    • Jabatan Pertanian
    • Jabatan Perikanan Malaysia
    • Jabatan Veterinar Malaysia
    • Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
    • Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
    • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
    • Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
    • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
    • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
    • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)
    • Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
    • Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)
    • Bank Pertanian Malaysia (Agrobank)
  4. Permohonan juga boleh dibuat secara terus melalui:
    • Pejabat Pembangunan Negeri.
    • Pejabat Daerah.
    • Pejabat Pembangunan Persekutuan Zon.
  5. Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dikemukakan kepada mana-mana pejabat Jabatan/Agensi di atas untuk tindakan Urus setia MPPP.
  6. Borang permohonan ini juga boleh diperolehi melalui:
    -  Laman Web Kementerian Pertanian dan Industri Asas     Tani :  http://www.moa.gov.my
    - Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
    - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)

     

   
Garis Panduan Kemiskinan (Pendapatan Bulanan Isi Rumah)
   

Semenanjung Malaysia

Sabah

Sarawak

1. Kategori Miskin Tegar
Kawasan Bandar
Kawasan Luar Bandar

RM 440
RM 420

RM 540
RM 540

RM 530
RM 500

2. Kategori Miskin
Kawasan Bandar
Kawasan Luar Bandar

RM 740
RM 700

RM 970
RM 940

RM 860
RM 810

3. Kategori Mudah Miskin
Kawasan Bandar
Kawasan Luar Bandar

RM1,500
RM1,000

RM1,500
RM1,000

RM1,500
RM1,000

SEBARANG PERTANYAAN ATAU ADUAN BOLEH DIBUAT MELALUI

Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 6.00 petang ( Isnin hingga Jumaat )

Bilik Gerakan SUBUR,
Bahagian Industri Padi dan Beras
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Aras 2, Lot 4G1, Wisma Tani,
62624 Putrajaya

Telefon: 03-8870 1734 / 03-8870 1738
e-mail: bilikopsberas@moa.gov.my
 
Urus setia
En Zainuddin Bin Ahmad Telefon : 03-8870 1811
e-Mail zainuddin@moa.gov.my
Kamarul Idzham bin Rahmat Telefon : 03-8870 1720
e-Mail kidzham@moa.gov.my
Mazshida Bt Ruslal Telefon : 03-8870 1714
e-Mail mazshida@moa.gov.my
Ab. Alim Bin Multazam Telefon : 03-8870 1829
e-Mail ahalim@moa.gov.my
You can leave a response, or trackback from your own site.

74 Responses to “PROGRAM SUBSIDI BERAS UNTUK RAKYAT (SUBUR)”

  1. Mohd Noor says:

    Orang Sabah (box01my@yahoo.com) : Faktor jarak bukan mnjadi masalah kerana semua jabata/agensi di bawah MOA sedang membantu orang ramai yang layak memohon baucar SUBUR. Borang permohonan baucar SUBUR akan disemak dan diperakukan oleh Urusetian MPPP sebelum dikemukakan kepada Urusetia SUBUR MOA. Borang ini pula akan dikemukakan kepada Unit Penyelarasanm dan Pelaksanaan (ICU), JPM untuk dibuat semakan dengan pemohon sebelum sisahkan pemohon layak menerima baucar SUBUR. Jika layak nama pemohon akan dimasukkan ke dalam sistem maklumat eKasih yang diuruskan oleh ICU JPM. Maklumat pemohon yang layak kan diserahkan kepada MOA untuk urusan cetakan baucar SUBUR. Urusan semakan dan pengesahan ini memgambil masa memandangkan ramai yang memohon. Tetapi semua pemohon akan dihubungi dan diberi baucar SUBUR, jika layak. Jika layak urusan penyerahan baucar SUBUR akan dilakukan oleh Urusetia MPP. Sila hubungi Urusetia MPPP masing-masing mengenai satus permohonan baucar SUBUR.

  2. Ismail Ngah says:

    saya merasakan Kementerian patut mengenengahkan Pertubuhan Peladang Kawasan dalam pemberian BERAS SUBUR ini, memandangkan PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN adalah lebih meluas dan lebih baik daripada memberikan baucar SUBUR untuk ditukarkan dari mana-mana kedai menjual BERAS…ini adalah bagi mengelakkan penukaran baucar BERAS dengan wang oleh Penerima dan Peruncit/pemborong.,Kawalan stok yang baik serta berekod adalah lebih baik jika dikendalikan oleh Pertubuhan Peladang..cadangan saya supaya BAUCAR BERAS ditukarkan dengan Beras di Pertubuhan Peladang bagi mengelakkan kes-kes penukaran baucar dengan wang, ini juga mampu untuk menambahkan isipadu perniagaan Pertubuhan Peladang kepada rakyat..terima kasih

  3. Mohd Noor says:

    mr.john (john@yahoo.com): Memandangkan Mr.john bertanggungjawab dengan tugas-tugas Urusetia MPPP maka Mr.john diminta menghubungi terus dengan Urusetia SUBUR MOA bagi mendapatkan butir dan keterangan lanjut mengenai Program SUBUR. Sila rujuk nama dan e-mail pegawai Urusetia SUBUR MOA yang disiarkan yang boleh dihubungi.

  4. Orang Sabah says:

    Pak Kob, betul tu, saya sokong, kat Sabah ni saya difahamkan beras 5% di downgred dijadikan 15% sebagai beras bersubsidi, tapi sayangnya beras tersebut amat sukar diperolehi, boleh dikatakan langsung tidak ada kat pasaraya besar, kemungkinan beras tersebut dimonopoli oleh pihak tertentu, niat pihak kerajaan melaksanakan subur adalah satu jalan yang terbaik, namun masih ada kekurangan, apapun pihak kerajaan lakukan kita sebagai rakyat hanya terima dengan positif, harap-harap program subur ini dapat dilaksanakan dengan telus, sempena dengan tema 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, biarlah mereka yang sepatutnya (yang betul-betul mempunyai hak) menerima baucer subur ini, mereka yang tidak layak dan cuba mengambil kesempatan mesti ingat balasan menunggu mereka di akhirat nanti, kalau bukan hak kita, ianya satu kesalahan besar jika kita menerimanya sedangkan yang hak merana kerana peluang tersebut telah kita ambil..fikir-fikirlah..

  5. Jiji says:

    Program ini akan jadikan satu program Pilih Kasih dimana matlamat untuk membantu rakyat miskin tegar dan miskin sederhana tak akan tercapai kerana ia akan dikuasai oleh orang orang tertentu sahaja.

    Percayalah, pembahagian baucer ini tak akan adil dan saksama… penguasaan pihak tertentu akan terjamin berlaku dan kekecewaan rakyat kepada kerajaan akan terus berpanjangan terutama Kelantan.

  6. Tok Janggut says:

    Dengar pemborong beras kata Tak jadi pula nak lancar skim ini pada 1/12/2009 n?
    Apa nak jadi ni, pakai hebah saja, tak kaji habis2, jadi masaalahlah pulak.
    Kata sehingga diberitahu kelak.
    Bagi pemborong yang gian2 tuu yg dapat bekalan dari BERNAS dok up grade beras 15% ke 5 %.
    Lega laa depa, kaya jadi kaya lagi laa.
    Dalam pasaran tak dak pun beras 15%.
    Buat aduan ke Putrajaya. Tak ada respon pun bahagian Kawalselia Padi tuu.
    Nama saja penguatkuasa tapi dok saja…

  7. Tok Janggut says:

    Ambillah perhatian ketua2 yang dok di atas tuu.

    Macam ada sesuatu kot ketua2, tak suruh buat penguatkuasaan?

    Pelek niiii?

  8. jkkk says:

    Assalamualaikum.
    kalau borang tu di hantar ke pejabat Jawatankuasa pengurusan DUN atau pejabat ahli majlis bole ke?

  9. jkkk says:

    X paham pasal borang…Butir Ahli keluarga/tanggungan yang bekerja.
    tulis nama anak yang sudah bekerja aje ke atau semua anak2 yang ditanggung

  10. Raja says:

    Tak der komen selepas december 18?

  11. Raja says:

    Program SUBUR masih ada lagi ker?

  12. Mohd Noor says:

    rajavicra@gmail.com :P rogram masih lagi diteruskan.Pihak Kementerian masih lagi menunggu senarai golongan sasar daripada ICU.

  13. Mohd Noor says:

    Azzahrah_69@yahoo.com : puan hanya perlu menulis nama anak yang ditanggung

  14. Mohd Noor says:

    Azzahrah_69@yahoo.com : Boleh.Tapi, puan kene pastikan borang itu akan sampai ke pejabat MPPP untuk diproses.Namun, pada pandangan saya, adalah lebih mudah jika puan terus menghantarnya sendiri ke pejabat MPPP

  15. Azlina Ahmad says:

    Saya menanggung anak seramai 7 org dan suami hanya berkerja sambilan.Pendapatan saya cuma RM 1,200.00 sebulan .Banyak Bantuan saya yang kerajaan bagi namun dekat tempat saya apa yg saya lihat hanya org yg berkenal rapat dgn jkk atau saudara mara terdekat saja yg dpt bantuan.apa sebenar permasallahannya

  16. amy amli says:

    kat mana nak hantar borang ni yea?kat agro bank boleh ker?

  17. Mohd Noor says:

    Azlina Ahmad : Puan Azlina dinasihatkan untuk membuat aduan berkenaan hal ini dengan menghubungi bilik gerakan SUBUR di talian seperti yang tertera di atas. terima kasih

  18. Syariel says:

    selepas hantar borang.. macamana nak tahu samaada layak atau tidak

  19. Mohd Noor says:

    Syariel : Encik boleh merujuk ke Pejabat Urusetia MPPP dikawasan Parlimen encik untuk mengetahui status permohonan encik itu.Terima kasih

  20. pengundiBN says:

    sy dh apply bg pihak knalan sy dah 2tahun berlalu masih tiada apa2 pun nampakny SUBUR DAH JADI LEBUR!!!!!cakap xserupa bikin kalu dlm islam ni dh diketogeri org2 MUNAFIK sbb berjanji tp xdilajsanakan.KPD PIHAK BERKENAAN APA YG DH JADI??

  21. Bob says:

    mksih bos atas share ilmunya

  22. gotoh says:

    Hello, this is a great blog!

  23. I like this site very much so much good information.

Leave a Reply