Program Keusahawanan 1Malaysia Entrepreneur (1MET)

Kementerian Kewangan akan menganjurkan Program Keusahawanan 1Malaysia Entrepreneur (1MET) yang merupakan salah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan / National Blue Ocean Strategy (NBOS).  1MET adalah inisiatif kerajaan untuk membangunkan usahawan seramai 5,000 orang bagi setiap tahun yang melibatkan 21 siri di seluruh negara.  Program ini memperkenalkan konsep asas keusahawanan kepada semua, khususnya belia yang bercita-cita menjadi usahawan untuk meneroka peluang dalam bidang perniagaan.  Untuk makluman tuan/puan 1MET Sarawak akan diadakan seperti butiran berikut:
 Tarikh       :        3 dan 4 Oktober 2015
Masa          :        9.00 pagi hingga 6.00 petang 

Tempat     :        Dewan Serbaguna Politeknik Mukah, Jalan Oya, 96400 Mukah, Sarawak
Penyertaan 1MET adalah terbuka kepada semua yang berumur 18 hingga 40 tahun sahaja.  Pendafaran boleh dilakukan secara atas talian (on-line) di laman sesawang www.1met.org atau secara “walk-in” semasa program berlangsung.  Untuk keterangan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi:Puan Marianie Abdul Rahman
Pejabat Pembangunan Keusahawanan Nasional (NEDO)
Unit Strategi Nasional
Tel : 03-88906495
Emel: marianie.abdrahman@treasury.gov.my

Cik Naveena Supramaniam
Pejabat Pembangunan Keusahawanan Nasional (NEDO)
Unit Strategi Nasional
Tel: 03-8890 6609
Emel: naveena.s@treasury.gov.my

Cik Nurmaizura Mohd Nazri
Unit Strategi Nasional
Tel: 03-8890 6482
Emel: nurmaizura.nazri@treasury.gov.my

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply