PROGRAM TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM)

Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dicadangkan sebagai satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta.

OBJEKTIF PROGRAM TKPM

•Mewujudkan zon pengeluaran tanaman makanan kekal
•Membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mapan dan berkualiti
•Membangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman makanan secara komersil
•Meningkatkan pendapatan bersih peserta kepada sekurang-kurangnya RM 3,000 sebulan
•Menggalakkan dan meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN TKPM

•Peserta berpengalaman dan terlatih
•Mempunyai minat dan kesungguhan
•Mempunyai modal dan sanggup meminjam
•Mempunyai sikap ‘terbuka dan positif’
•Sanggup mematuhi peraturan-peraturan yang  ditetapkan oleh Jabatan Pertanian 

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PROGRAM TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) ANDA BOLEH HUBUNGI JABATAN PERTANIAN MALAYSIA.
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply