Harga Siling Ayam Ditentukan Pertengahan Ramadan Ini

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — Persidangan Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa harga siling ayam akan ditetapkan pada pertengahan Ramadan ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Senator Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata penetapan harga itu berkuatkuasa selama 15 hari di bawah skim kawalan harga musim perayaan bagi mengelak harga barangan dinaikkan sewenang-wenangnya.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan tarikh sebenar kawalan harga ayam itu akan dikuatkuasakan.

Beliau menyatakan perkara ini ketika menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang menanyakan kelewatan kerajaan menetapkan harga siling ayam sedangkan harga ayam di pasaran pada masa kini naik mendadak dan membebankan pengguna.

 – BERNAMA

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply