Mardi Lancar Empat Buku Ilmiah Pertanian

SERDANG, 30 Nov (Bernama) — Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) hari ini melancarkan empat buah buku ilmiah sebagai rujukan masyarakat dan usahawan yang berminat dalam bidang pertanian.

Empat buah buku itu ialah Buku Mekanisasi Pengeluaran Makanan, Panduan Pelaburan dan Kos Pengeluaran Makanan, \’Banana Collection\’ dan Penanaman Nanas Berjentera.

Majlis pelancaran buku tersebut disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Chua Tee Yong sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini.

Buku Mekanisasi Pengeluaran Makanan menghuraikan tiga teknologi bagi menghasilkan telur masin, keropok lekor dan karipap segera manakala Buku Banana Collection, pula merupakan sebuah monograf dalam bentuk bergambar yang merujuk kepada 70 kultivar pisang tempatan.

Sementara buku Penanaman Nanas Berjentera memperincikan teknik penanaman nanas bermula dengan aktiviti pembersihan kawasan, penyediaan tanah sehingga maklumat pengurusan hasil tanaman serta ladang selepas penuaian.

Buku Panduan Pelaburan dan Kos Pengeluaran Makanan pula adalah satu usaha Mardi untuk memindahkan maklumat dan pengetahuan daripada hasil penyelidik demi kepentingan pembangunan industri ternakan negara.

MAHA 2012 bertemakan \’Transformasi Pertanian Melalui Inovasi\’ itu berlangsung dari 23 Nov hingga 2 Dis ini.

– BERNAMA

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply