PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA ANJURA PERPUSTAKAAN MOA

Sempena sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia Perpustakaan MOA sedang menjalankan aktiviti-aktiviti berikut :

i.       Program ‘Tukar dan Baca’

Program ini berkonsepkan menderma/meminjamkan  buku sambil berilmu. YBhg. Dato’/tuan/puan dialu-alukan untuk menyumbangkan bahan-bahan bacaan/buku kepada Perpustakaan MOA dan boleh bertukar-tukar bahan-bahan bacaan dengan warga lain yang turut menyumbangkan bahan-bahan bacaan mereka untuk perkongsian ilmu. Program ini mula dijalankan pada 11 April hingga 11 Mei 2011. Aktiviti ini antara lain dapat menggalakkan perkongsian ilmu di samping menyemarakkan budaya membaca di kalangan warga MOA.

ii.      Pengedaran Penanda Buku Sempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia

Perpustakaan akan memberi penanda buku yang mengandungi kata-kata hikmah berkaitan buku, ilmu dan pembacaan kepada ahli-ahli perpustakaan yang meminjam buku. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia di samping menggalakkan ahli-ahli lebih banyak meminjam buku dan memanfaatkan ilmu pengetahuan.

 

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply