Mardi Diminta Sediakan Modul Pembangunan Kepimpinan Pertanian

KEMAMAN, 15 Nov (Bernama) — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menyediakan satu Modul Pembangunan Kepimpinan Pertanian untuk menjadikan pertanian sebagai budaya di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata modul tersebut haruslah dibuat secara menyeluruh yang meliputi semua peringkat bermula dari sekolah rendah, [...]