Kerjasama Jaminan Bekalan Makanan Asean Topik Utama Mesyuarat AMAF Ke-35

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Kerjasama mengenai jaminan bekalan makanan di antara negara-negara Asean adalah antara topik utama yang akan dibincang dalam Mesyuarat Menteri-menteri Pertanian dan Perhutanan Asean (AMAF) ke-35 di sini bermula hari ini hingga 29 Sept. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah berkata Malaysia yang mempengerusikan [...]

Pemerkasaan Institusi Di Bawah Satu Keluarga (MOA Inc.)

Pelaksanaan Program Cross Fertilization secara berterusan di kalangan jabatan / agensi di bawah kementerian; Penstrukturan semula bahagian dan jabatan / agensi sesuai dengan keperluan semasa seperti memperbanyakkan pegawai pengembangan di peringkat akar umbi; Pemerkasaan fungsi hubungan antarabangsa kementerian melalui pewujudan Bahagian Antarabangsa dan penetapan KPI kepada Pejawat Perwakilan Pertanian di luar negara; Penggabungan fungsi penguatkuasaan [...]

Langkah Memperkasakan Subsektor Perikanan

Penubuhan Skuad Pemantauan Rakan Ikan bagi membendung aktiviti penangkapan ikan secara haram seluruh negara; Menggalakkan aktiviti akuakultur bagi meningkatkan pengeluaran dan menjamin masa depan nelayan yang lebih baik; dan Menetapkan dasar perikanan 50% hasil pengeluaran daripada tangkapan ikan di laut dan sungai dan 50% melalui aktiviti akuakultur menjelang tahun 2020 bagi menjamin kelestarian industri perikanan [...]

Langkah Memperkasakan Subsektor Ternakan

Pewujudan kilang makanan ternakan tempatan sendiri melalui penglibatan Persatuan Peladang untuk mengurangkan kos input; Memberi fokus terhadap pembangunan industri madu yang lebih mapan di sepanjang rantaian nilai; Menggalakkan aktiviti reverse investment di luar Negara seperti di India bagi mendapatkan input makanan ternakan; dan Pemerkasaan dan perluasan program pembangunan ternakan dengan mengaplikasikan teknologi moden.

Langkah Memperkasakan Subsektor Tanaman

Pewujudan dana bagi memberi bantuan semula tanaman buah-buahan terpilih yang dikehendaki pasaran Pembangunan tanah terbiar yang ketika ini dianggarkan berjumlah 200,000 hektar khususnya bagi tanaman padi; Pemerkasaan aktiviti R&D melalui penyelarasan dan pemantauan oleh MARDI dalam mewujudkan benih baru yang berkualiti sesuai dengan persekitaran semasa seperti memperkenalkan Benih Padi Aerob; Mengurangkan kerugian lepas tuaian (post-harvest [...]