FAMA Keluar Bantuan Hampir Rm600,000 Dalam Program Azam Tani Untuk Peserta E-kasih Di Terengganu

SETIU, 27 Ogos (Bernama) — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengeluarkan bantuan hampir RM600,000 bagi program Azam Tani untuk peserta e-kasih di Terengganu sejak tahun lepas sehingga kini. Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata bantuan dalam pelbagai bentuk peralatan termasuk ternakan itu bagi meningkatkan pendapatan isi rumah peserta e-kasih. “Kita beri bermacam-macam bantuan berasaskan projek [...]

Kunjungan Hormat Timbalan Menteri Pertanian Ke Kota Kinabalu Tingkat Kerjasama Kerajaan Persekutuan Dan Negeri

KOTA KINABALU, 27 Ogos  (Bernama) — Datuk Haji Tajuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah mengadakan kunjungan hormat pada 26 Ogos ke kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Objektif kunjungan meliputi bagaimana untuk meningkatkan lagi hubungan kerjasama di antara kerajaan Persekutuan dan Negeri seterusnya meningkatkan hasil [...]

Aktiviti Pemasaran Di Kalangan Petani Perlu Diperkasa – Ismail Sabri

MELAKA, 27 Ogos (Bernama) —  Aktiviti pemasaran di kalangan petani dan nelayan perlu diperkasa bagi menghapuskan pengaruh orang tengah dalam menentukan harga hasil pertanian di pasaran, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Dari dahulu hingga kini masalah campur tangan orang tengah (dalam pemasaran) begitu tinggi sehingga ada dua, tiga [...]

China Dijangka Jadi Negara Pengimport Terbesar Produk Nanas Negara

JOHOR BAHARU, 26 Ogos  (Bernama) — China bakal menjadi negara pengimport terbesar produk berasaskan nanas negara dengan jumlah import dijangka mencecah sehingga 100 kontena sebulan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebagai permulaan sebanyak 10 kontena akan dihantar setiap bulan selewat-lewatnya tahun depan sebelum eksport ditingkatkan secara berkala sehingga [...]

LKIM Dan IPTA Akan Bekerjasama Perkasa Generasi Kedua Nelayan

KUANTAN, 26 Ogos (Bernama) —  Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan bekerjasama dengan beberapa universiti tempatan bagi memperkasakan generasi kedua nelayan sebagai usahawan industri hiliran sektor perikanan. Pengerusinya Datuk Irmohizam Ibrahim berkata Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan LKIM terutama dari [...]