Jaujan Yakin Sabah Kekal Penyumbang Utama Industri Ikan Negara

KOTA KINABALU, 30 Julai (Bernama) —  Pengerusi Sabah Fish Marketing Sendirian Berhad (SAFMA) yang baharu Datuk Jaujan Sambakong yakin Sabah akan terus menjadi penyumbang utama kepada industri perikanan negara yang kian pesat membangun. Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan kedudukan Sabah yang kaya dengan sumber hidupan laut terutama ikan dan udang yang berkualiti untuk dipasarkan ke [...]

FAMA Jamin Bekalan Keperluan Aidilfitri Mencukupi Di Kelantan

KOTA BAHARU, 29 Julai (Bernama) — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Kelantan memberi jaminan bekalan keperluan seperti kelapa, ayam, dan sayur-sayuran sempena Aidilfitri, adalah mencukupi. Pengarahnya, Wan Abdullah Wan Chik berkata Fama membuat persediaan awal dengan membuat perjanjian dengan pihak berkaitan di negeri lain untuk mendapatkan bekalan tambahan. “Kita akan ambil dari negeri luar sekiranya barang keperluan itu tidak mencukupi,” [...]

Nelayan Nikmati 7.7 Bilion Liter Diesel Bersubsidi Bernilai RM11.1 Bilion

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Setakat Mac lepas, kerajaan telah mengagihkan 7.7 bilion liter diesel kepada nelayan dan pemilik bot membabitkan subsidi bernilai RM11.1 bilion. Jumlah itu melibatkan 34,000 nelayan dan 6,800 pemilik bot, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman pada persidangan Dewan Negara, di sini hari ini. [...]

JPV Terengganu Import 1,910 Haiwan Ternakan Atasi Bekalan Daging

KUALA TERENGGANU, 29 Julai (Bernama) — Sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Terengganu menambah bekalan daging dengan mengimport 1,468 ekor lembu dan 103 kerbau dari Mei hingga Julai lepas. Pengarah JPV Negeri Dr Marzuki Zakaria berkata pada masa yang sama pihaknya turut mengimport 339 ekor kambing biri-biri. Kesemua haiwan ini didatangkan [...]

Pengeluaran Beras 75.3 Peratus Daripada Keperluan Negara

KUALA LUMPUR,  29 Julai (Bernama) — Pengeluaran beras, daging dan sayur negara masih belum mencapai tahap seratus peratus dengan pengeluaran beras buat masa ini ialah 1.74 juta metrik iaitu 75.3 peratus daripada keperluan negara. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata empat kawasan jelapang padi baharu yang dirancang kerajaan di [...]