Pesta Kaamatan Disambut Meriah

PENAMPANG, 31 Mei (Bernama) — Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai Padi, perayaan selama sebulan bagi menandakan berakhirnya musim menuai di Sabah, disambut penuh meriah Jumaat dengan pelbagai etnik mempersembahkan kebudayaan masing-masing. Lebih 5,000 pengunjung termasuk pelancong asing menghadiri penutupan Pesta Kaamatan tahun ini di Pusat Kebudayaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), sejak dari awal pagi. [...]

Taman Agroteknologi Mardi Langkawi Sasar 100,000 Pengunjung Pada 2015

LANGKAWI, 30 Mei (Bernama) — Taman Agroteknologi Mardi Langkawi menyasarkan 100,000 pengunjung menjelang 2015 sekali gus menjadikannya destinasi pelancongan yang ikonik di pulau ini. Ketua Pengarah Mardi Datuk Dr Abdul Shukor Abd Rahman berkata jumlah pengunjung pada tahun lepas naik mendadak iaitu seramai 62,000 berbanding 2010 dengan 45,000 pengunjung. “Daripada jumlah tersebut 78 peratus adalah [...]

Usahawan Pantai Timur Perlu Keluar Dari “zon Selesa” Dan Bersedia Ambil Risiko Teroka Pasaran Luar- Matrade

KUALA TERENGGANU, 29 Mei (Bernama) — Usahawan-usahawan tempatan, terutama di Pantai timur, perlu keluar dari “zon selesa” dan bersedia meneroka pasaran luar. Pengarah Wilayah Timur Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Hasziah Mohd Yazid berkata mereka dilihat masih berada dalam “zon selesa” dan tidak mahu mengambil risiko untuk meneroka pasaran luar walau pun ia peluang [...]

Sarawak Haramkan Import Unggas Dari China

KUCHING, 29 Mei (Bernama) — Sarawak mengharamkan import produk unggas dari China dan negara lain yang mempunyai sejarah selesema burung, sebagai langkah pencegahan wabak H7N9, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Selasa. Jabu yang juga Menteri Pemodenan Pertanian negeri, berkata sekalipun begitu, kerajaan tetap meningkatkan pemantauan di setiap pintu masuk yang merupakan langkah [...]

Jabatan Perikanan T\’ganu Anjur Bengkel Selamatkan Penyu

KUALA TERENGGANU, 27 Mei (Bernama) — Jabatan Perikanan Terengganu akan mengadakan bengkel mengenai peranti penyisih penyu (TED) pada Jumaat ini, dalam usaha jabatan itu mengekang insiden penyu mati terperangkap di dalam pukat. Pengarahnya Abdul Khalil Abdul Karim berkata bengkel akan diadakan dengan kerjasama WWF Malaysia di Institut Perikanan Malaysia Cendering. Bengkel akan disertai pengusaha bot [...]