Siaran Media : Program Azam Tani 2010 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Khamis, 22 Julai 2010 – Y.B. Senator Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyerahkan peruntukan sebanyak RM40 juta kepada Y.B. Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pada jam 3.00 petang bertempat di Wisma Tani Putrajaya bagi pelaksanaan projek AZAM TANI bagi [...]

Giatmara Sedia RM200,000 Untuk Projek Ikan Dalam Sangkar Di Tanjung Dawai

Giatmara menyediakan peruntukan RM200,000 bagi melaksanakan projek ternakan ikan dalam sangkar di sini, yang melibatkan 15 peserta di bawah program menjana pendapatan rakyat. Ketua Pengawai Eksekutifnya Meriyam Abd Majid berkata ia merupakan sebahagian daripada usaha pihaknya melaksanakan projek penjanaan pendapatan, khusus bagi membantu rakyat meningkatkan taraf hidup dan keluar dari belenggu kemiskinan.

Pengeluaran Kekal Makanan Mampu Kurangkan Penggantungan Makanan Import

Kerajaan bercadang membina lebih banyak Taman Pengeluaran Kekal Makanan (TPKM) di seluruh negara bagi mengurangkan pergantungan pada makanan import, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr Baharom Jani. Beliau berkata bagi tempoh sehingga 2008, negara mengimport makanan bernilai RM6 bilion setahun.

Usahawan Berasaskan Makanan Berproses Digalak Memohon Jenama 1 Malaysia Best

Syarikat pengusaha makanan berproses di Melaka digalakkan memohon surat perakuan logo 1 Malaysia Best bagi membantu menaik taraf makanan berproses keluaran tempatan bagi pasaran antarabangsa. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata objektif penggunaan logo tersebut juga untuk mewujudkan satu jenama yang beridentiti Malaysia oleh Kementerian Pertanian dan Industri [...]

Kenyataan Media : Pengimportan Daging Kerbau Dari India

KENYATAAN MEDIA Oleh; DATO’ DR. ABD. AZIZ B. JAMALUDDIN Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar 19 Julai 2010 (Isnin) PENGIMPORTAN DAGING KERBAU DARI INDIA Tahap sara diri bagi daging lembu di Malaysia ketika ini adalah sebanyak 27%. Pelbagai strategi telah dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran dan tahap sara diri 40% menjelang 2015. Bagi menampung keperluan negara, Malaysia perlu [...]