Majlis Perasmian AgriBusiness Marketing Conference 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Februari 2010 .

Dalam menghadapi perubahan era globalisasi ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan berdepan dengan persaingan yang hebat teutamanya dalam usaha pemasaran hasil dan produk pertanian. Selaras dengan cabaran tersebut pelbagai kaedah perlu diusahakan termasuk keadah penyelidikan pemasaran. Sehubungan dengan itu kerjasama FAMA dan IPTA merupakan salah satu usaha agresif FAMA dalam memantapkan strategi pemasaran hasil-hasil [...]

Lawatan Kerja Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar ke Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 08 Februari 2010 .

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan berkerjasama dengan universiti tempatan dengan dimulai dengan penubuhan Jawatankuasa Bersama dengan Universiti Putra Malaysia .Bantuan serta pandangan daripada ahli akademik dalam bidang pertanian untuk memastikan bidang itu mampu bersaing.  Dengan kerjasama yang lebih agresif ini akan meningkatkan bidang pertanian terutamanya pertanian berimpak tinggi.

Lawatan Kerja Menteri Pertanian ke Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Tanjung Manis, Sarawak pada 05 Februari 2010.

   Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang mewujudkan sebuah sekolah pertanian di Tanjung Manis dalam Bahagian Mukah di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 , kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membantu merangka latihan ,subjek pelajaran ,syarat [...]

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Mohd. Johari Baharum ke Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) , di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) Kampung Pengkalan , Melaka pada 18 Februari 2010.

  Dato’ Mohd Johari Baharum melihat demonstrasi ujian tenusu Pengeluaran susu segar negara telah meningkat sebanyak 100% daripada 1 juta liter sebulan pada tahun 2008 keapda 2 juta liter pada tahun 2009. Daripada 2 juta liter, sebanyak 1 juta   liter dipasarkan sendiri oleh penternak pada harga yang lebih tinggi dan selebihnya dijual oleh Jabatan Veterinar [...]

Majlis Penyampaian Bantuan Ehsan Bencana Banjir DUN Permatang di Dewan Sungai Terap , Tanjung Karang, Selangor pada 19 Februari 2010.

Menteri Pertanian dan industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar  telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM 115,200 kepada 83 petani yang menjadi mangsa banjir pada tahun lepas sehingga menyebabkan tanaman mereka musnah. Setiap penerima sumbangan menerima antara RM 800 dan RM 3,000 mengikut taksiran kerugian tanaman masing-masing. Datuk Seri Noh Omar memberi ucapan di Majlis Penyampaian [...]