Projek Pisang Felcra Teluk Yu Berjaya Jana Pendapat Petani

LANGKAWI, 20 Mac (Bernama) — Projek tanaman pisang berangan di Felcra Teluk Yu, Ayer Hangat di sini berjaya menjana pendapatan antara RM300 hingga RM500 seminggu kepada para pesertanya. Projek seluas 39 hektar itu ditanam dengan 18,000 pokok pisang yang dimulakan sejak 2006, dengan diusahakan oleh para peserta Koperasi Rancangan Felcra Langkawi Berhad.