Agro Bank Yakin Tepati Sasaran Pertumbuhan Pinjaman 30 Peratus Tahun Ini

Agro Bank yakin dapat mencapai pertumbuhan pinjaman sebanyak 30 peratus tahun ini daripada RM3.1 bilion pada 2007 meskipun dalam kelembapan ekonomi global, kata naib presiden eksekutif kanan dan ketua pegawai operasinya, Ahmad Said.

Sabah Berpotensi Jadi Pengeluar Produk Akuakultur Terbesar Negara Menjelang 2010

Sabah berpotensi menjadi pengeluar produk akuakultur terbesar di negara ini menjelang tahun 2010, demikian menurut Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Yahya Hussin. Katanya keyakinan berkenaan berdasarkan unjuran pengeluaran akuakultur negeri itu sebanyak 207,200 tan bernilai RM2.5 bilion yang ditetapkan Jabatan Perikanan Malaysia menjelang tempoh berkenaan.

Isu Burung Walit Dibawa Ke Kabinet Dalam Masa Terdekat

Isu industri burung walit yang nilainya mencecah bilion ringgit akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed. Ini berikutan maklumbalas yang diterima kementerian, pihak yang terbabit dalam industri itu mahu kerajaan memberi perhatian terhadap beberapa isu berbangkit, katanya.

Kerajaan Umum Harga Baru Beras ST5, ST10 Minggu Depan

Kerajaan akan menurunkan harga beras super special tempatan (ST) lima peratus hancur dan ST sepuluh peratus hancur dan mewartakannya pada minggu depan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed. Beliau berkata beberapa syarikat telahpun mengeluarkan harga runcit secara sukarela yang lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM2.80 bagi [...]

Kelantan Kurang 500,000 Biji Kelapa Sebulan

Kelantan mengalami kekurangan 500,000 biji kelapa setiap bulan kerana kebanyakannya dijual di negeri-negeri lain pada harga yang lebih tinggi. Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Kelantan, Fauzi Mohamed berkata pemborong-pemborong dari Pulau Pinang, Kedah, Pahang dan Terengganu menawarkan harga 80 sen sebiji berbanding 30 sen yang ditawarkan oleh pemborong tempatan.