Kementerian Pantau Kemasukan Hasil Pertanian Pastikan Bebas Melamin – Mustapa

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam memantau kemasukan hasil pertanian dari China bagi memastikan ia tidak dicemari melamin. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata walaupun Malaysia ada mengimport bahan pertanian dari negara itu, setakat ini belum ada laporan mengenai pencemaran bahan kimia melamin.

Peniaga Diminta Adil Dengan Menurunkan Harga Barang

Peniaga barangan berasaskan pertanian diminta berlaku adil dan menurunkan harganya ekoran penurunan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 10 sen hari ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata bahawa jika dahulu mereka alasan terpaksa menaikkan harga barangan disebabkan kenaikan harga minyak tetapi kali ini mereka perlu pula menurunkan harganya.