Nelayan Terima Insentif Sara Hidup RM200 Sebulan

Kira-kira 70,000 nelayan di seluruh negara akan diberi bantuan sara hidup sebanyak RM200 sebulan mulai 10 September ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata kerajaan dijangka akan membelanjakan RM14 juta sebulan bagi elaun itu.