'Kerajaan Mungkin Benarkan Import Ayam Diproses, Kata Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

Kerajaan sedang memantau harga ayam proses di pasaran sebelum membuat keputusan membenarkan pengimportan jika harganya terus melambung naik, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed, Selasa. “Kalau keadaan mendesak lagi, kita mungkin boleh benarkan import ayam yang sudah diproses. Kita sedang pantau perkara ini, dan kita bagi tempoh sebulan,” katanya kepada pemberita [...]

Pelan Peningkatan Pengeluaran Beras Negara Mampu Atasi Krisis Bekalan Beras

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yakin krisis bekalan beras negara akan dapat ditangani menerusi perlaksanaan Pelan Peningkatan Pengeluaran Beras Negara yang sedang diusahakan. Menterinya Datuk Mustapa Mohamed berkata pelan itu membolehkan kerajaan bertindak dalam jangka pendek dan jangka masa panjang untuk meningkatkan pengeluaran padi di jelapang dan luar jelapang di seluruh negara.

Kerajaan Tidak Akan Hapus AP Import Beras Serta-merta

Kerajaan tidak dapat menghapuskan serta merta Permit Import (AP) bagi mengimport beras kerana Malaysia kini hanya menghasilkan 70 peratus keperluan beras negara, Dewan Negara diberitahu hari ini.