Kurangkan Guna Racun Rumpai, Elak Cemar Alam Sekitar

BERA, 18 Mei (Bernama) — Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meminta orang ramai mengurangkan penggunaan racun rumpai bagi mengelakkan pencemaran dan menjejaskan alam sekitar, terutama ketika musim panas ini. Beliau berkata penggunaan racun rumpai yang berlebihan bukan sahaja boleh menyebabkan pokok atau tanaman musnah, malah boleh menjejaskan [...]

Fama Bimbing Pelajar Unisza Dalam Bidang Keusahawanan

KUALA TERENGGANU, 14 Mei (Bernama) — ¬†Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu akan memberi bimbingan dalam bidang keusahawanan kepada para pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mulai bulan Ramadan ini. Pengarahnya Hasan Jusoh berkata sebagai langkah permulaan, Fama akan membimbing kira-kira 30 pelajar daripada fakulti perniagaan dalam bidang itu. Beliau memberitahu Bernama di sini Rabu [...]

PPNJ Hasrat Bangunkan Pulau Pisang Sebagai Pusat Penternakan

JOHOR BAHARU, 30 Sept (Bernama)  РPertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) merancang membangunkan Pulau Pisang, sebuah pulau kecil di luar pantai barat negeri ini sebagai pusat penternakan lembu dan burung walet. di negeri ini. Pengerusinya Datuk Seri Saipolbahari Suib berkata pulau yang tidak berpenghuni dan hanya terdapat rumah api itu, dilihat antara beberapa lokasi  berpotensi [...]

Kerjasama Jaminan Bekalan Makanan Asean Topik Utama Mesyuarat AMAF Ke-35

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Kerjasama mengenai jaminan bekalan makanan di antara negara-negara Asean adalah antara topik utama yang akan dibincang dalam Mesyuarat Menteri-menteri Pertanian dan Perhutanan Asean (AMAF) ke-35 di sini bermula hari ini hingga 29 Sept. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah berkata Malaysia yang mempengerusikan [...]

Pemerkasaan Institusi Di Bawah Satu Keluarga (MOA Inc.)

Pelaksanaan Program Cross Fertilization secara berterusan di kalangan jabatan / agensi di bawah kementerian; Penstrukturan semula bahagian dan jabatan / agensi sesuai dengan keperluan semasa seperti memperbanyakkan pegawai pengembangan di peringkat akar umbi; Pemerkasaan fungsi hubungan antarabangsa kementerian melalui pewujudan Bahagian Antarabangsa dan penetapan KPI kepada Pejawat Perwakilan Pertanian di luar negara; Penggabungan fungsi penguatkuasaan [...]